Saturday, March 15, 2014

~Alhamdulillah~

Assalammualaikum W.B.T... Apa khabar semua? Harap-harap semua sihat hendak-Nya.. In shaa Allah..
15/03/2014, kami buat kenduri arwah mama & sekali dengan arwah bapa tua sebelah mama & bapa.. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. Genap 2 tahun sudah arwah Mama pergi menghadap Allah.. Selama itu jugalah doa tidak putus-putus supaya Mama ditempatkan dalam golongan orang beriman.. Walaupun ikut tarikh Masihi belum tapi memang sepatutnya dikira ikut tarikh Islam.. Rindu sangat dengan Mama.. Rindu mahu dengar Mama membebel (a.k.a berkunyanyang), rindu dengan ketawanya.. Semua dirindu.. Tapi Allah lebih sayangkan Mama.. Kami sekeluarga terima semuanya dengan hati yang redha.. Perancangan Allah terhadap hamba-Nya pasti yang terbaik.. Walaupun kami semua ketawa happy tapi dalam hati Allah saja yang tahu..

Ini gambar kenangan.. Semoga bapa diberi ketabahan menempuh semua ini.. Semoga bapa diberi kesihatan dan umur yang panjang.. & semoga kehadiran kami, anak-anak bapa dapat bagi bapa kekuatan.. We love you so much Mama & Bapa.. Tiada anugerah terindah daripada mempunyai Bapa & Mama seperti kalian dan beruntung dilahirkan sebagai anak kita.. Bahagia sangat.. :) Tidak lupa kepada saudara-mara, jiran tetangga & sahabat handai yang datang menolong kami sehingga kenduri arwah berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah.. & lebih terharu bila sahabat-sahabat aku datang dari jauh, yang sibuk pun datang.. Thank you so much babes..


Inilah sahabat-sahabat yang datang.. my cuzzies saja tiada gambar bersama.. Sorry sygs.. Hehe.. Okey lah.. I need to go now.. Nanti saya update lagi pasal my Life ok!hehe.. Wassalam..

No comments:

Post a Comment